30 kredit percuma — tiada kad kredit diperlukan

Website bermula dari niat, bukan dari template.

Masukkan teks, URL, atau gambar. NiatNila reka blueprint, jana setiap section, dan anda export HTML/CSS/JS terus ke Onpay, BCL, atau WordPress — dalam minit, bukan hari.

Tawaran utama

RM149 sekali

300 kredit, bayar sekali

  • Kredit tidak luput
  • ~30 halaman penuh
  • Tiada langganan berulang

Digunakan oleh solopreneur, pengedar, dan marketer di Malaysia.

Kisah di sebalik Niat

Pernah ada idea hebat, tetapi terkandas di halaman jualan?

Kami pernah di situ. Nak upah designer, bajet ketat. Nak guna template, susah nak ubah suai. Nak paste ke Onpay atau BCL, formatting rosak — font kecil, container menyempit, tengah-tengah jadi kacau.

Jadi kami bina NiatNila: satu alat yang faham niat anda, kemudian uruskan kod untuk anda. Tiada lagi berjam-jam adjust padding. Tiada lagi salespage yang nampak macam dipinjam dari orang lain.

Kerana halaman jualan yang baik bermula dari niat yang jelas — bukan dari template yang serupa.

Cara lama membuang masa dan wang

Ini realiti yang kami dengar setiap hari dari pengguna.

Upah designer mengambil masa

Tunggu 3-7 hari untuk revisi. Setiap kali nak ubah copy, kena bayar lagi.

Template terlalu keras

Nampak cantik dalam demo, tapi bila ubah sedikit, serentak rosak. Susun atur tak ikut mesej anda.

Onpay / BCL ubah rupa anda

Container menyempit, font jadi kecil, padding hilang. Pelanggan terus ragu dengan brand anda.

Dari niat kepada halaman siap dalam 4 langkah

AI buat kerja berat. Anda buat keputusan penting.

1. Beri input

Teks, URL, screenshot, atau arahan ringkas.

2. AI rancang

Blueprint dengan struktur, tone, dan section yang sesuai.

3. Jana section

Setiap section boleh edit, reorder, atau regenerate.

4. Export

HTML/CSS/JS bersih untuk Onpay, BCL, atau WordPress.

Pantas

Halaman pertama siap dalam minit. Reorder dan edit tanpa rosakkan kod.

Konsisten

Theme, warna, dan font kekal seragam dari hero hingga footer.

Pindah bebas

Export bersih. Bawa ke mana-mana platform tanpa lock-in.

Bukti lemah sementara

Cuba sendiri sebelum anda yakin

Kami masih mengumpul kes pengguna. Sementara itu, cara terbaik untuk tahu sama ada ia sesuai untuk anda ialah mencubanya secara percuma.

30 kredit

percuma untuk cuba

3 halaman

boleh hasilkan dalam percubaan

0 kad

tiada komitmen

Pilih cara anda mula

Mula percuma. Naik taraf bila anda perlukan lebih banyak janaan.

Percuma

RM0

30 kredit sekali sahaja

  • ~3 halaman penuh
  • Semua ciri editor
  • Export tanpa had
Daftar percuma

Top-up kredit

RM39

20 kredit, bayar sekali

  • Kredit tidak luput
  • Beli bila-bila masa
  • Sesuai untuk projek sekali-sekala
Mula percuma dahulu

Buy-to-own

RM99

60 kredit, bayar sekali

  • Kredit tidak luput
  • ~6 halaman penuh
  • Tiada langganan berulang
Mula percuma dahulu
Paling berbaloi

1 Tahun Akses

RM149

300 kredit, bayar sekali

  • Kredit tidak luput
  • ~30 halaman penuh
  • Tiada langganan berulang
  • Muat turun & muat naik projek
Mula percuma dahulu

Pro bulanan

RM29.90/bln

20 kredit setiap bulan

  • Percubaan 7 hari
  • Kredit masuk automatik setiap bulan
  • Batal bila-bila masa
Mula percuma dahulu

Harga dalam Ringgit Malaysia. Cukai dikira semasa checkout jika berkenaan.

Jaminan yang jujur

Kami tidak janji salespage anda akan naik 10x ganda semalaman. Yang kami janji ialah proses bina halaman jadi lebih pantas, lebih kemas, dan lebih mudah untuk diedit berbanding cara biasa.

Jika anda betul-betul cuba dan rasa ia tak membantu, hubungi kami dalam 7 hari untuk refund.

Soalan lazim

Adakah saya perlu tahu coding?

Tidak. Anda tulis apa yang anda jual dan untuk siapa; AI uruskan struktur dan kod. Export siap paste ke platform anda.

Boleh guna di Onpay, BCL dan WordPress?

Ya. Hasil export adalah HTML/CSS/JS bersih. Kami ada mod khas untuk Onpay supaya lebar dan saiz font kekal betul.

Apa itu kredit?

Setiap janaan AI menggunakan kredit. Akaun baharu dapat 30 kredit percuma. Reorder, edit dan export adalah percuma.

Adakah kredit luput?

Pelan Percuma, Buy-to-Own dan 1 Tahun tidak luput. Pelan Pro bulanan memberi kredit baharu setiap bulan.

Boleh batal langganan?

Boleh, bila-bila masa dari Akaun → Kredit & Bil. Langganan kekal aktif sehingga hujung kitaran yang telah dibayar.

Siapa di belakang PapanPutih?

PapanPutih dibina oleh pasukan kecil di Malaysia yang sering berurusan dengan halaman jualan di platform tempatan. Kami faham masalah formatting Onpay/BCL.

Niat anda sudah cukup. Biar kami uruskan kodnya.

Daftar percuma, dapat 30 kredit, dan lihat halaman pertama anda dalam beberapa minit.

Mula bina halaman anda